Sabtu, 05 November 2011


TAHAPAN NAFSU
oleh Firman Asyhari pada 05 Oktober 2011 jam 19:55
QS:89. Surat Al-Fajr 27-30

27) Hai jiwa yang tenang.
ارجِعى إِلىٰ رَبِّكِ راضِيَةً مَرضِيَّةً ﴿٢٨﴾
(28) Kembalilah k epada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
فَادخُلى فى عِبٰدى ﴿٢٩﴾
(29) Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
وَادخُلى جَنَّتى ﴿٣٠﴾
(30) dan masuklah ke dalam surga-Ku.

Tahapan Nafsu.
Apabila salik telah sampai ke satu peringkat, yang mana tiada lain yang dilihatnya, hanya Allah, maka ini dikatakan ia telah fana dalam tauhid atau fana dalam Dzat yang mutlak.
Salik yang telah mencapai pandangan itu dikatakan telah karam atau larut dalam Dzat. Pada peringkat ini maka gugurlah sifat-sifat tercela dan timbullah sifat-sifat terpuji.
Fana terbagi kepada beberapa peringkat iaitu, fananya segala perbuatan makhluk dalam perbuatan Allah, fananya segala sifat-sifat makhluk dalam sifat-sifat Tuhan dan fananya wujud makhluk dalam wujud Tuhan, yang terakhir inilah fana yang paling teratas.
Bermakna fananya segala sesuatu selain Allah, sehingga yang dipandang tidak ada lagi, tetapi hanya Allah, inilah yang dikatakan fana tertinggi, alamnya alam ketuhanan atau alam Lahut (Ahdah), dan mengikut tahapan nafsu adalah nafsu Radiah, bagaimanapun di atas nafsu Radiah ini ada dua lagi tahapan nafsu iaitu, nafsu Mardiah dan nafsu Kamaliah.
Secara amnya kalau mengikut tahapan nafsu, nafsu itu terbahagi kepada tujuh peringkat:
1 Nafsu amarah
2 Nafsu lawamah
3 Nafsu mulhamah
4 Nafsu mutmainah
5 Nafsu radiah
6 Nafsu mardiah
7 Nafsu kamaliah.

Salik yang telah mencapai tahap nafsu mulhamah maka telah masuk ia ke dalam makam fana perbuatan, iaitu tiada perbuat lain, hanya perbuatan Allah. Manakala salik yang telah mencapai nafsu mutmainah, maka ia telah memasuki fana sifat, iaitu tiada sifat yang lain, hanya sifat Allah. Inilah peringkat nafsu pertama yang diredai Allah, dan jiwa-jiwa salik yang telah mencapai tahapan inilah yang dipanggil oleh Allah: Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah engkau kepada Tuhanmu dengan redai dan diredai… Alamnya adalah alam Wahdah atau Hakikat Muhammad.
Manakala salik yang telah mencapai peringkat nafsu Radiah, fana segala wujudnya dalam wujud Allah, iaitu peringkat fana tertinggi, dan alamnya adalah alam Lahut. Bagaimana pun, walaupun ia makam fana tertinggi, tetapi ia belum mencapai makam kesempurnaan, makam kesempurnaan adalah makam Insanul Kamil, dan tahap nafsunya adalah nafsu Kamaliah. Salik yang telah mencapai tahapan ini juga dikatakan sebagai telah baqa dalam Allah. Pada tahap ini salik memandang yang banyak dalam yang satu, dan pada masa yang sama memandang yang satu dalam yang banyak.
Dan sebagaimana yang telah bincangkan dalam Tulisan: Nama Rahsia, di sinilah tempatnya nama rahsia yang ke seratus itu terserlah.
Pada tahapan nafsu mutmainah atau disebut juga Hakikat Muhammad, iaitu Dzat Allah SWT dan sifat-sifatnya pada martabat ta’ayyun awal, ia juga disebut sebagai martabat Wahdah, atau ilmu Tuhan tentang diriNya dan tentang alam semesta ini, pada peringkat ini, salik merasa terputus pandangan batinnya atau pandangan mata hatinya, kepada selain Allah.
Salik merasakan segala sifat yang terlihat di alam semesta ini bukanlah sifat makhluk, tetapi sifat Allah, kerana semua itu adalah sifat dan ilmu Allah yang Qadim jua.
Manakala pada tahapan nafsu Radiah salik merasakan terputusnya pandangan mata hatinya kepada selain Dzat Allah, baginya yang ada hanyalah Dzat Yang mutlak itu, sehingga ia tidak menyedari lagi wujud yang lain, termasuk juga wujud dirinya sendiri.
Makrifah dalam erti melihat Dzat yang tertinggi itu hanya berlaku pada tahap yang terakhir ini, iaitu makam nafsu Radiah, ketika wujud salik itu larut dalam pandangan mata hatinya kepada wujud Dzat Allah. Inilah puncak makrifat yang tertinggi yang dicapai Rasulullah pada mikrajnya, yang terkenal itu.
Nah,, sekarang ana sentuh sikit tentang baqa, baqa adalah makam yang mengiringi fana.
Sebelum itu, sebelum membincangkan baqa, salik yang berada di makam fana merasakan segala perbuatannya diatur oleh Allah, kerana salik itu tidak melihat yang lain, tetapi hanya Allah. (Ini adalah tempat yang berbahaya bagi salik, yang tidak hati-hati dan tidak dapat pertolongan Allah, ia sangat mudah jatuh ke tempat kehancuran, na u zu billah min ha, di sinilah tempatnya sufi dianggap zindik, seperti yang berlaku kepada sufi terkenal Mansur al Hallaj).
Tetapi salik yang berada di dalam makam baqa, yang telah melalui makam fana itu, segala perbuatannya adalah diredai Allah, kerana segala perbuatannya tidak lagi mempunyai kepentingan untuk diri sendiri (umpama ombak telah pulang ke laut), inilah makam yang dikatakan kehendak hamba adalah kehendak Allah.
Salik yang telah melalui makam fana dan memasuki makam baqa, sifat-sifat dirinya sendiri telah diganti dengan sifat-sifat al Hak. Dengan lain perkataan baqa itu ditemui selepas melalui makam fana terlebih dahulu.
Salik pada makam baqa telah timbul kesadarannya semula, berbanding salik yang berada di makam fana, yang tidak sadar apapun kecuali Allah.
Bagaimanapun salik yang berada di makam baqa, kesadaran yang dimilikinya tidak sama dengan kesadaran yang dimilikinya sebelum mencapai makam fana, kerana pada makam baqa, segala sifat kehambaannya (yang dimilikinya dahulu) telah bertukar dengan sifat-sifat al Hak.
Perlu diingat, makrifat yang paling sempurna adalah memandang Tuhan melalui alam semesta, tetapi pandangan ini hanya dicapai setelah salik itu melepasi (melalui) makam fana, iaitu melihat Dzat yang mutlak itu secara langsung, dengan mata hati, atau dengan lain perkataan, selama ini salik tidak sadar (fana), tetapi sekarang telah sadar (baqa).
(Perhatian: perkataan salik itu sebenarnya sudah tiada, umpama ombak telah kembali ke laut, tetapi ada hanya untuk memudahkan perbincangan saja.)
Semoga bermanfaat.
Allah hu aklam.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar